Oh e-Book

Kongsi Panduan Dari Ebook

Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung

Buat duit dengan bisnes baju kurung atau lebih tepat lagi tambah pendapatan dengan jual baju kurung. Selagi mana ada peluang atau cabang pendapatan rebutlah ia sebab peluang tak selalu hadir. Dengan peningkatan kos sara hidup zaman sekarang ni adalah keputusan yang tepat jika anda buka mata supaya serius cari pendapatan sampingan. Itulah hakikat kehidupan zaman sekarang, nak tak nak kena ada lebih daripada satu punca pendapatan.

Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung

Ya, bisnes baju kurung atau jual baju kurung. Saya nampak potensi yang besar dalam bisnes baju kurung ni sama seperti bisnes tudung. Sebab apa ? Antaranya disebabkan oleh permintaan yang tinggi dan juga kuasa beli yang hebat dalam kalangan wanita. Perkembangan yang cukup bagus ditambah pula adanya panduan-panduan bisnes baju kurung

buat duit bisnes baju kurung

Jual Baju Kurung Sangat Untung

Anda perlu tahu serba sedikit mengapa bisnes baju kurung sangat untung. Terdapat pelbagai jenis baju kurung yang wujud di pasaran. Tidak kurang dari 10 jenis baju kurung termasuk rekaan dan jenis kain. Penjual baju kurung di Masjid India Kuala Lumpur memperolehi pendapatan bersih RM15,000 hingga RM30,000 pada bulan Ramadan.

Walaupun begitu ramai penjual baju kurung, permintaan produk ini saban hari semakin tinggi. Tidak ada istilah tidak boleh jual. Semuanya pasti laku. Keuntungan bisnes baju kurung boleh mencecah 100% hingga 300% bergantung pada jenis baju kurung, lokasi anda menjual dan beberapa faktor lain.

Sebenarnya jika anda serius nak buat duit dengan bisnes baju kurung, anda :
  • Tidak perlu beli mesin jahit.
  • Tidak perlu pergi kelas atau kursus menjahit.
  • Tidak perlu menjahit langsung.
  • Tidak perlu buka butik atau kedai.
  • Tidak perlu beli kain pasang atau kain ela.
  • Tidak perlu modal berpuluh ribu ringgit.

Cara Nak Mula Bisnes Baju Kurung

Berikut saya senaraikan beberapa langkah jika anda nak mula buat bisnes baju kurung. Pertama sekali anda kenalah tahu asas-asas dalam bisnes baju kurung. Anda kena buat kajian tentang permintaan pelanggan dan juga siapakah sasaran anda. Kena ada golongan manakah yang jadi tumpuan anda.

Kedua, anda kena buat kajian baju kurung manakah yang terlaris. Supaya baju kurung yang anda jual adalah baju kurung yang sentiasa ada permintaan. Senang cakap kena ikut trend terkini sesuai dengan kehendak pelanggan. Kena tahu 4 jenis baju kurung yang mempunyai permintaan tinggi.

Ketiga, bagaimana mendapatkan baju kurung dengan harga yang rendah supaya harga kos anda tidak terlalu tinggi. Anda kena tahu bagaimana menjual baju kurung dengan harga yang tinggi? Jangan lupa sentiasa buat kajian pasaran.

Keempat, anda kena tahu senarai pembekal. Mereka lah yang akan membekal baju kurung untuk anda. Ketahui cara berunding dengan pembekal bagi mendapatkan harga murah. Ketahui berapa tempahan minimum untuk setiap baju kurung.

Kelima, anda juga perlu kuasai teknik jualan online dan juga offline. Anda kena ada teknik pemasaran. Kena tahu bilakah anda perlu tingkatkan promosi dan apakah kaedah nak memancing pelanggan supaya kekal membeli dengan anda beberapa kali.

5 langkah ini saya ambil daripada laman web Lubuk Bisnes Baju Kurung. Antara rujukan untuk anda belajar bisnes baju kurung. Panduan-panduan sebegini jarang dijumpai di kedai buku. Bisnes baju kurung juga amat bagus menjelang musim perayaan.

Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung

Macam mana ? Anda minat nak bisnes baju kurung. Jika anda perlukan lebih pemahaman bolehlah muat turun 7 Tips PERCUMA Bisnes Baju Kurung :  Download Sekarang


0 Komentar untuk "Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen.


 
Copyright © 2014 Oh e-Book - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info